31 Januari 2024, 14:53

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Perlis – Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) bersedia menawarkan biasiswa kepada pelajar dari International Open University (IOU) Gambia.

Rektor KUIPs Profesor Dr. Muhamad Rozaimi Ramle memaklumkan bahawa universiti ini bersedia menawarkan biasiswa kepada pelajar terbaik dari IOU selepas mendapat kelulusan dari Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA).

Ujar beliau ketika ditemui selepas menerima kunjung hormat dari Canselor dan pengasas IOU Profesor Dr. Bilal Philips di Kampus KUIPs Kuala Perlis pagi ini,

Penawaran biasiswa untuk pengajian sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) ini akan dipilih oleh IOU dalam kalangan pelajar terbaik untuk menyambung pengajian mereka di sini nanti.

Tokoh ilmuwan dan pendidikan ini mengadakan kunjungan hormat dan perbincangan dua hala antara KUIPs dengan IOU dalam perbincangan untuk memorandum persefahaman (MoU) dan memorandum perjanjian (MoA) yang membabitkan kedua universiti ini.

Terdahulu, Profesor Dr. Bilal Philips mendengar taklimat mengenai kampus ini sebelum menerangkan mengenai kampus IOU.

Moga dengan pertemuan ini memberikan manfaat kepada kedua-dua institusi pendidikan ini.

IOU merupakan gagasan dari Profesor Dr. Bilal Philips yang menawarkan program sarjana dan pascasarjana dalam talian yang terakreditasi penuh secara intensif.

Perjalanan IOU dimulai pada tahun 2007 dengan peluncuran kursus diploma secara dalam talian gratis di Kampus Terbuka.

Selain itu, IOU merupakan Pusat Menghafal al-Quran pelajar dari seluruh dunia untuk belajar al-Quran secara dalam talian.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.