Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangPutrajaya – Sebanyak 1,576,980 pelajar telah menerima Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sejak agihan yang dilaksanakan bermula Januari 2024.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi hantaran Facebook memaklumkan bahawa setakat 2 Februari 2024, BAP selesai dilaksanakan di enam buah negeri, iaitu Selangor, Putrajaya, Melaka, Terengganu, Perak dan Labuan.
Menurut KPM dalam kenyataannya pada hari ini,
Jumlah agihan di enam buah negeri tersebut adalah sebanyak RM236.55 juta, yakni memberikan manfaat kepada pelajar yang menerima bantuan tersebut.
KPM sangat komited dalam usaha memastikan agihan BAP dilaksanakan dengan cekap dan berkesan demi manfaat murid.
Untuk pengetahuan, bayaran BAP secara sekali bayar sebanyak RM150 ini termasuk dalam belanjawan 2024 dan KPM memaklumkan sebanyak RM788.13 juta diperuntukkan khusus untuk bantuan berkenaan.
Pada masa yang sama, bantuan ini turut diagihkan secara tunai atau kredit ke akaun pelajar masing-masing bermula Januari 2024 lagi.
Hal ini bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan ibu bapa dalam menyediakan kelengkapan anak-anak untuk sesi persekolahan yang akan datang.