Oleh Ana Mohd Bess
9 Februari 2024, 17:57

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Shah Alam – Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj berkenan menerima menghadap Dr. Hazami Jahari, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka di Istana Mestika, Shah Alam, Selangor.

Dalam majlis menghadap yang berlangsung selama satu jam, Dr. Hazami bin Jahari mengangkat sembah maklum berhubung dengan pelaksanaan program bahasa, sastera dan persuratan Melayu di negeri Selangor.

Tuanku Raja Muda bertitah agar berpegang teguh kepada agama, bahasa dan budaya Melayu.

Pada masa yang sama, baginda turut menzahirkan rasa kebimbangannya terhadap penguasaan bahasa Melayu dalam masyarakat, terutamanya golongan belia yang menjadi pewaris bangsa akan datang.

Turut hadir bersama-sama dalam majlis menghadap Raja Muda Selangor tersebut ialah Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera, Tuan Haji Mohd Salahuddin Dato’ Paduka Mohamed dan Ketua Bahagian Promosi dan Pengiktirafan, Puan Roziah Md Yunus.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.