13 Februari 2024, 08:33

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Arau – YBhg. Profesor Madya Ts. Dr. Shukor Sanim Mohd Fauzi komited menjalankan fungsinya sebagai Rektor, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Perlis ketika menerima kunjungan hormat daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) 2023/2024 UiTM Cawangan Perlis.Pertemuan selama hampir tiga jam bertempat di Bilik Mesyuarat Perdana, Bangunan Pentadbiran, UiTM Cawangan Perlis bertujuan untuk beramah mesra dengan ahli lantikan baharu MPP UiTM Cawangan Perlis, selain mendengar cadangan dan kemusykilan yang dilontarkan oleh kedua-dua pihak bekaitan dengan warga dan pembangunan UiTM Cawangan Perlis daripada pelbagai sudut.

Turut hadir dalam majlis ini ialah Gs. Sharir Aizat Kamaruddin dan Dr. Rozilah Rajmi mewakili Unit Komunikasi Korporat UiTM Cawangan Perlis.

Majlis beramah mesra ini telah dimulakan dengan sesi pengenalan diri daripada setiap ahli Majlis Tertinggi Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2023/2024 UiTM Cawangan Perlis yang diketuai oleh Yang Dipertua, Mohamad Farhan Abdul Halim; Naib yang Dipertua, Mohd Fauzi Nordin; Setiausaha Agung, Nurul Zahidah Mohd Zaid; dan Bendahari Kehormat, Mohammad Farid Mifzal Abdul Halim.

YBhg. Profesor Madya Ts. Dr. Shukor Sanim beramah mesra bersama-sama ahli MPP 2023/2024 UiTM Cawangan Perlis di bilik Mensyuarat Perdana, Bangunan Pentadbiran UiTM Cawangan Perlis, semalam.

Turut hadir bersama-sama dalam kunjungan tersebut ialah Exco MPP 2023/2024 yang terdiri daripada Exco Akademik, Kerjaya dan Alumni, Nur An’umillah Insyirah Asmarizal; Exco Kolej Kediaman dan Non-Resident, Luqman Hakim Abdullah; Exco Korporat dan Tugas-Tugas Khas, Afiqah Asyikin Arbain; Exco persatuan, perhubungan Luar dan Antarabangsa, Ros Sara Elysa Rosfauzi; Exco Informasi, Multimedia dan Penerbitan, Nurul Shaza Abdul Ghani; Exco Kebajikan, Kerohanian dan Kaunseling, Afnan Wajdi Abdul Rahim; Exco Aduan, Pengangkutan dan Logistik, Arifah Syaurah Badrul Hisham; Exco Sukan, Kebudayaanb dan Kesukarelawan, Muhammad Haziq Zulklfi; dan Exco Keusahawanan dan Inovasi, Muhamad Haziq Arizam.

YBhg. Rektor dalam ucapannya turut mengucapkan sekalung tahniah atas lantikan MPP yang baharu. Beliau juga turut menasihati seluruh warga MPP UiTM Perlis untuk senantiasa menjaga nama baik UiTM, menghargai segala kemudahan yang didapati, senantiasa bermuhasabah diri, menerapkan nilai murni, serta berusaha mencapai hasrat pemerkasaan mahasiswa.

Nilai-nilai murni perlu diterapkan dalam jati diri setiap barisan MPP bagi memastikan kepercayaan dan keyakinan warga UiTM terus mengalir bagi memimpin cita-cita UiTM menjadi Universiti yang disegani dan berkualiti.

Majlis beramah mesra ini juga turut membincangkan tentang kekakangan yang dihadapi oleh warga UiTM Cawangan Perlis, selain berkaitan dengan penambahbaikan pengurusan UiTM daripada perspektif pembangunan mahasiswa unggul menepati aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Sesi soal jawab yang dijalankan di akhir majlis banyak memberikan peluang kedua-dua buah pihak mengutarakan dan menyelesaikan masalah warga UiTM.

Lantikan baharu MPP kali ini membawakan visi menjadikan MPP 2023/2024 UiTM Cawangan Perlis sebagai badan kepimpinan yang sentiasa menjalankan tanggungjawab dan menjadi perantaraan antara pihak pengurusan kampus dengan mahasiswa.

Selaras dengan moto rasmi ‘Kepimpinan Berprestij, Mahasiswa Mampan’, MPP 2023/2024 akan terus menyempurnakan misi dengan merealisasikan hasrat dan impian yang berteraskan kepada beberapa aspek utama antaranya kepimpinan pendidikan, kebajikan, kesukarelawanan, keusahawanan, pengantarabangsaan dan kebolehpasaran mahasiswa.

YBhg. Rektor dan seluruh warga UiTM Cawangan Perlis merakamkan ucapan tahniah dan selamat bertugas kepada MPP 2023/2024.

Semoga amanah dan tanggungjawab yang digalas mampu mencapai hasrat UiTM menjadi antara universiti terkemuka di seantero dunia.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.