13 Februari 2024, 11:53

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Delegasi FKPT bergambar di hadapan bangunan Pentadbiran, UiTM Cawangan Perlis.

Arau – Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perlis telah menerima lawatan daripada Forum Kerjasama Pendidikan Tinggi (FKPT), Indonesia bagi menjalinkan sinergi antara institusi pendidikan tinggi (IPT), selain meningkatkan kualiti pengurusan institusi dan profesionalisme dalam kalangan warga institusi di kedua-dua buah negara.

Delegasi FKPT oleh YBhg. Profesor Madya Ts. Dr. Shukor Sanim Mohd Fauzi disambut di Bangunan Pentadbiran, UiTM Cawangan Perlis.

Delegasi FKPT diketuai oleh YBhg, Dr. Suginam, Dosen, Universitas Harapan Medan dan perwakilan daripada Universitas Islam Sumatera Utara, Universitas Labuhan Batu, ADA Research Center, Politeknik Cendana dan STIM Sukma Medan.

Sesi pertama lawatan ini telah dimulakan dengan syarahan wacana antarabangsa yang telah disampaikan oleh Dr. Suginam.

Syarahan wacana antarabangsa yang disampaikan oleh Dr. Suginam.

Beliau menyatakan bahawa kesudian IPT di Indonesia untuk menjalinkan kerjasama dalam bidang akademik, kokurikukum, pembangunan institusi pendidikan dan memantapkan nilai dan etika warga pendidik.

Pada perkembangan lain turut diadakan mesyuarat berkaitan dengan potensi kolaborasi strategik daripada pelbagai bidang menjadi tumpuan utama.

Sehubungan dengan itu, YBhg. Rektor turut menjelaskan keterbukaan UiTM Cawangan Perlis untuk bekerjasama dengan institusi-institusi di Indonesia.

UiTM Cawangan Perlis senantiasa mencari peluang-peluang kerjasama pelbagai bidang bukan sahaja dalam bidang akademik bagi memastikan universiti ini kekal relevan di ASEAN dan peringkat antarabangsa.

UiTM sentiasa menyokong warganya dalam mengeratkan hubungan antarabangsa bagi meningkatkan ketampakan nama UiTM di persada antarabangsa.

Semoga lawatan FKPT ini membuka banyak peluang kolaborasi strategik pada akan datang.

Turut hadir bersama-sama dalam delegasi ialah Ahli Jawatankuasa Eksekutif Negeri UiTM Cawangan Perlis dan sebilangan ketua-ketua Pusat Pengajian dan koordinator, serta penyelaras bahagian UiTM Cawangan Perlis.

Mesyuarat FKPT dipengerusikan oleh YBhg. Profesor Madya Ts. Dr. Shukor Sanim Mohd Fauzi.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.