22 Februari 2024, 21:02

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek menghadiri Program Warisan UNESCO di Bandar Hilir Melaka, hari ini.

Nilai – Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek memberikan galakkan kepada pelajar untuk mengunjungi Tapak Warisan Dunia di bawah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai tanda menyokong usaha kerajaan bagi memelihara dan memulihara warisan negara.

Dalam ucapannya semasa menghadiri Program Warisan UNESCO di Bandar Hilir Melaka baru-baru ini, YB Fadhlina menyatakan bahawa melawat Tapak Warisan Dunia UNESCO seperti di Bandaraya Melaka merupakan satu daripada inisiatif pemerkasaan aktiviti pembelajaran di luar bilik darjah.

YB Fadhlina Sidek mengajak orang ramai agar terus memelihara dan memulihara warisan negara.

Kata YB Fadhlina,

Rakyat Malaysia, khususnya guru dan murid ialah Duta Warisan Budaya Malaysia, secara tidak langsung yang bertanggungjawab untuk memastikan budaya dan warisan tempatan terus terpelihara.

YB Fadhlina merangkap Presiden Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM) turut menyeru supaya pelaksanaan program berkaitan dengan integrasi pendidikan dan penghargaan warisan budaya di Malaysia dapat dilaksanakan secara konsisten.

Dengan cara sebegini, kita mampu melahirkan rakyat Malaysia yang meraikan kepelbagaian dan keunikan, serta menghormati dan memahami budaya yang variasi dalam negara.

Dalam program yang sama, YB Fadhlina menyatakan bahawa Dondang Sayang, silat, pantun, Perayaan Wangkang, dan baju kebaya bakal diiktiraf sebagai Warisan Tidak Ketara UNESCO setelah dinilai oleh badan dunia berkenaan pada tahun ini.

Sekitar lawatan di Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka.

Terdahulu, persembahan kebudayaan dan lawatan di sekitar Tapak Warisan Dunia Melaka bersama-sama murid dan guru sekolah merupakan antara pengisian program Warisan UNESCO ini.

Program ini turut dihadiri oleh Timbalan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya Negeri Melaka, YB Datuk Haji Zaidi Attan, pegawai kanan KPM dan Kerajaan Negeri Melaka, serta pelibatan guru dan murid sekolah di sekitar Melaka.

Sumber foto: KPM

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.