23 Februari 2024, 12:22

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa keputusan kemasukan murid ke Sekolah Seni Malaysia (SSeM) akan dikeluarkan pada 26 Februari 2024 (Isnin), pukul 3.00 petang.

Menerusi kenyataan media hari ini, KPM berkata,

Semakan keputusan bagi ambilan Mac 2024/2025 boleh dibuat melalui laman rasmi KPM.

Pelajar yang layak masuk ke SSeM perlu melepasi beberapa syarat kelayakan.

Syarat Kelayakan:

  1. Lulus ujian bakat.
  2. Bersetuju menerima kemasukan ke SSeM yang ditawarkan mengikut bidang yang ditetapkan.
  3. Murid yang berjaya wajib tinggal di asrama dan tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan.
  4. Mengemukakan rekod kesihatan murid.
  5. Permohonan akan ditolak sekiranya calon memalsukan sebarang dokumen semasa membuat permohonan.

Untuk makluman, SSeM ditubuhkan sebagai alternatif kepada anak-anak muda Malaysia untuk berkarya dalam bidang seni.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.