27 Februari 2024, 11:26

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Raja Perlis dan Raja Perempuan Perlis (tengah) berkenan berangkat menghadiri upacara pengebumian Datuk Paduka Haji Mohamad Yaacob Datuk Seri Azizul Hassan di Makam DiRaja Arau, semalam.

Kuala Lumpur – Suasana pilu menyelubungi sekitar upacara pengebumian jenazah suami Tengku Puteri Mahkota Perlis, Allahyarham Datuk Paduka Haji Mohamad Yaacob Datuk Seri Azizul Hassan di Makam DiRaja Arau, petang semalam.

Dalam kenyataan pada pagi ini,

Allahyarham mengalami komplikasi pada buah pinggangnya dan mangkat pada usia 58 tahun pada pukul 7.26 pagi di Hospital Tuanku Fauziah Kangar, semalam.

Jenazah sebelum itu dibawa ke Masjid Tuanku Syed Putra Jamalulail, Kangar untuk pengurusan mandi jenazah dan penghormatan terakhir dari kerabat diraja serta tetamu.

Allahyarham yang juga merupakan menantu kepada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalulail.

Solat jenazah diketuai oleh Mufti Perlis, Datuk Arif Perkasa Dr. Mohd Asri Zainul Abidin.

Raja Perlis dan Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid turut berkenan berangkat menghadiri upacara pengebumian negeri tersebut.

Turut berangkat menghadiri upacara pengebumian itu ialah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, serta anakanda baginda, iaitu Sharifah Khatreena Nuraniah, Sharifah Farah Adriana dan Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Sejurus selepas Zohor, solat jenazah dilakukan dan diimamkan oleh Mufti Perlis, Datuk Arif Perkasa Dr. Mohd Asri Zainul Abidin.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.