8 Mac 2024, 14:54

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Arau – Program sesi libat urus antara Perpustakaan Dato’ Jaafar Hassan (PDJH) dengan Fakulti Sains Gunaan (FSG) berlangsung dengan jayanya di Dewan Kuliah 6, Kompleks STAR, Universiti Teknologi MARA Cawangan Perlis, Kampus Arau.

UiTM Cawangan Perlis berkata,

Tujuan sesi libat urus diadakan untuk memupuk semangat muhibah antara PDJH dan FSG, selain membuka peluang PDJH untuk mempromosikan perkhidmatan dan produknya bagi kegunaan warga FSG.

“Selain itu, sesi libat urus ini turut memberikan maklum balas berkaitan dengan perkhidmatan dan kemudahan PDJH dengan matlamat untuk meningkatkan kualiti prasarana, pengurusan dan produk.

Sesi perbincangan juga menyentuh potensi kerjasama pelbagai projek yang boleh menguntungkan kedua-dua pihak dan UiTM secara holistik.

Dalam sesi libat urus tersebut, PDJH telah diwakili oleh pustakawan, iaitu Puan Nor Azrina Kasim, Encik Khairil Izwan Hasan, Encik Muhammad Azri Rodzidan dan Pembantu Pustakawan Kanan Tertinggi, Encik Abd Aziz Zainol. Turut hadir bersama-sama dalam program itu ialah Pustakawan Kanan, Puan Nur Hayati Abd Satar.

Puan Nor Azrina Kasim menyampaikan maklumat berkaitan perkhidmatan PDJH kepada warga FSG.

Sementara itu, Puan Nor Azrina Kasim menyeru warga perpustakaan agar menyerahkan rekod penting bagi tujuan penyimpanan, pewujudan, penyelenggaraan dan pelupusan oleh PDJH, selaras dengan pekeliling yang dikeluarkan oleh pihak UiTM.

Penyerahan rekod penting selaras dengan dasar pengurusan rekod Universiti Teknologi MARA agar lebih sistematik dan mudah rujuk untuk meningkatkan keupayaan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan atau produk perpustakaan.

Terdapat beberapa risalah berbentuk infografik menarik, seperti risalah Kod QR berkenaan cadangan buku-buku, koleksi buku bidang sains gunaan dan senarai borang berkaitan dengan PDJH turut diedarkan untuk simpanan dan rujukan warga FSG.

Menurut beliau, program ini banyak memberikan informasi berguna berkaitan dengan kemudahan arkib, perkhidmatan aplikasi berlesen dan berbayar, serta kursus yang boleh dihadiri oleh warga pendidik dan mahasiswa.

Menariknya, perkhidmatan aplikasi chat dalam tapak web membolehkan pengguna berhubung secara langsung dengan staf PDJH dengan lebih cepat, mesra dan efektif.

“Perpustakaan sebagai gedung ilmu perlu ‘berdiri sama tinggi, duduk sama rendah’ dengan perpustakaan lain di universiti antarabangsa bagi menjamin kualiti proses pemindahan ilmu pengetahuan kepada generasi pada hari ini kekal relevan.

Encik Khairil Izwan Hasan menyampaikan cenderahati kepada Ketua Pusat Pengajian Fakulti Sains Gunaan, Dr. Nur Nasulhah Kasim.

Sesi penyampaian cenderahati yang disempurnakan oleh Encik Khairil Izwan Hasan kepada Ketua Pusat Pengajian Fakulti Sains Gunaan, Dr. Nur Nasulhah Kasim, sebagai tanda sokongan dalam usaha memperkasa sinergi antara PDJH dengan FSG ke peringkat yang lebih tinggi.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.