Oleh fatkhurrozak
13 Mac 2024, 17:09

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Pasir Gudang – Peneguhan disiplin tidak hanya diterapkan kepada murid arus perdana sahaja, malahan murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) juga perlu mengikuti pelaksanaan undang-undang disiplin yang ditetapkan di sekolah.

Program Pendidikan Khas Integrasi Pembelajaran (PPKIP) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Masai berinisiatif menganjurkan kempen cegah buli dan jenayah seksual di Minggu Orientasi Pendidikan Khas Sesi 2024/2025.

Cikgu Muhammad Ashrol Haron, Guru Penyelaras Disiplin Pendidikan Khas SMK Kota Masai menjelaskan bahawa tujuan program ini untuk memberikan pendedahan awal berkaitan dengan peraturan dan apa-apa yang perlu difahami  dari sudut disiplin dan etika murid.

Penguatkuasaan peraturan sekolah juga melibatkan MBPK khususnya. Mereka juga adalah murid sekolah yang tidak terlepas dengan apa-apa hukuman sekiranya mereka melakukan salah laku.

“Apabila menyentuh jenayah buli dan seksual, pastinya itu menjadi tanggungjawab pendidik untuk memastikan MBPK selamat di bawah pengawasan dan bimbingan yang betul. Hai ini kerana kes yang melibatkan buli dan seksual, sudah menjadi ruam yang boleh menjadi kudis di komuniti kita dan pastinya barisan pendidik SMK Kota Masai akan terus bekerjasama bertanggungjawab memastikan anak-anak mendapat pendidikan yang sempurna dan selamat di sekolah.

Pada masa yang sama, Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas, Cikgu Jamilah Ali menyatakan bahawa sudah sememangnya MBPK diberikan pendedahan berkaitan peraturan dan keselamatan diri mereka dari kes jenayah buli dan seksual.

Cikgu Jamilah Ali, GPK Pendidikan Khas SMK Kota Masai merasmikan kempen cegah buli dan jenayah seksual PPKI SMK Kota Masai 2024.

Menurutnya, pendedahan awal bertujuan untuk mencegah mereka daripada terlibat dalam jenayah buli dan seksual, sekali gus menghindari daripada jenayah tersebut.

Kempen ini memberikan kesedaran buat MBPK untuk lebih peka dengan keselamatan diri mereka. Mereka perlu faham tentang bahaya buli yang boleh membawa trauma dan rasa takut dalam diri mereka.

“Pendidik perlu memainkan peranan agar kes buli dan jenayah seksual tidak berlaku dan dapat dijauhkan dari persekitaran sekolah.

SMK Kota Masai bersama para pendidik akan sentiasa komited dalam melestarikan budaya disiplin di kalangan murid khususnya murid berkeperluan pendidikan khas dan akan terus menyokong kemenjadian murid agar terus mampu menjadi seorang yang berdikari dan membawa manfaat kepada masyarakat kelak.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.