19 Mac 2024, 11:04

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Terengganu – Praktikum Inklusif dan Kolaboratif (INCO) mengambil langkah dengan menyepadukan pedagogi inklusif dan pengajaran kepelbagaian budaya yang melibatkan pelajar pendidikan dari Finland dan Asia Tenggara, iaitu Indonesia dan Malaysia.

Lawatan pendidikan ke Universiti Turku, Finland diadakan bagi pembentukan kerjasama komprehensif dalam usaha menekankan kepentingan usaha kolaboratif dalam penyelidikan, pertukaran pengetahuan dan kemajuan pendidikan.

Bagi mencerap ilmu tentang sistem pendidikan di Finland, peserta menghadiri Forum Pendidikan Antarabangsa Lapland Edisi ketujuh untuk mempelajari tentang kaedah bantuan pengajaran, pengurusan pelajar dan sistem sokongan yang sedia ada di Finland bagi menjamin kesejahteraan pelajar dan komuniti.

Selain itu, lawatan eksklusif ke pusat jagaan kanak-kanak, sekolah rendah dan menengah, malahan Sekolah Latihan Perguruan di Universiti Lapland turut dikunjungi oleh mereka.

Guru pelatih menyertai praktikum INCO di Sekolah Antarabangsa Cempaka, Damansara.

Menurut INCO, jalinan kerjasama antara Finland dengan Asia Tenggara dilihat membuka peluang untuk menandatangani perjanjian Memorandum Persefahaman (MoU) bagi kolaborasi pada jangka panjang.

Selain itu, kerjasama ini dapat menyediakan platform bagi perkongsian pandangan, penemuan penyelidikan dan trend industri oleh pakar dari Malaysia dan Finland.

Mengulas lanjut, INCO merupakan pelaksanaan latihan pengajaran selama satu bulan di Kuala Lumpur yang bertempat di Sekolah Antarabangsa Cempaka Damansara Heights.

Sekolah ini melaksanakan Kurikulum Kebangsaan Finland yang bersesuaian dengan konteks kehidupan masyarakat tempatan di Malaysia.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.