Oleh fatkhurrozak
19 Mac 2024, 17:29

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Slim River – Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) banyak mengambil pendekatan baharu dalam memastikan masyarakat orang asli tidak mengalami keciciran dan mendapat ekosistem pendidikan sewajarnya.

Bagi menyokong aspirasi KPM, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bekerjasama dengan Yakult, Pejabat Pendidikan Daerah Muallim dan Pusat Kesihatan Muallim dalam menganjurkan program “Kembali ke Sekolah” yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan Pos Bersih, Slim River.

Pengetua Kolej Harun Aminurrashid UPSI, Dr. Haji Che Anuar Che Abdullah menjelaskan bahawa program ini bertujuan untuk memupuk perpaduan antara UPSI dengan masyarakat orang asli.

Program sebegini bertujuan untuk melahirkan rasa tanggungjawab sosial dalam memberikan sesuatu yang bermanfaat kepada komuniti setempat. Sikap ambil peduli dan ganding bahu perlu kita tanam untuk membangun masyarakat madani dan menerajui kecemerlangan intelek bagi anak-anak orang asli.

Tambah beliau,

UPSI pastinya akan sentiasa menyokong dalam bersama-sama membangun kebitaraan pendidikan di Malaysia.

“Dengan kepakaran dalam pelbagai bidang, sudah pasti UPSI akan terus membantu membangun pendidikan yang berkualiti tanpa menilai latar belakang, kaum dan nilai perbezaan.

Kelestarian dalam menghidupkan kecemerlangan pelajar dalam kalangan orang asli menjadi tanggungjawab dan semua pihak perlu memainkan peranan untuk meningkatkan kualiti pendidikan yang ada di daerah pedalaman.

Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pos Bersih, Cikgu Mohd Shah Md Nor menzahirkan rasa syukur apabila UPSI bersama-sama rakan kolaborasi hadir ke sekolah dan membawa warna baharu dalam suasana persekolahan anak orang asli.

Melihat kerjasama ini, membuatkan kami warga pendidik akan berusaha memberikan yang terbaik dalam menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Dalam program ini, murid orang asli mendapat pendedahan berkaitan kebersihan diri, kesihatan tubuh badan dan imunisasi dalam mengelakkan diri dari terkena penyakit berjangkit.

Pada masa yang sama, sebanyak 14 anak orang asli yang terpilih menerima sumbangan alat persekolahan dan suntikan motivasi bersemangat hadir ke sekolah.

UPSI akan sentiasa komited dalam melestarikan budaya cemerlang dalam kalangan mahasiswa untuk terus menabur bakti dalam membangun masyarakat yang gemilang, di samping membentuk jati diri mahasiswa untuk terus unggul dan menjadi penerus bangsa yang mempunyai nilai kemasyarakatan yang tinggi dan berwawasan.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.