12 April 2024, 10:00

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Arau – Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang Pertandingan Woodball bersempena dengan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2024 anjuran Persatuan Perlis Kuala Lumpur (PPKL).

Pertandingan yang julung-julung kali diadakan oleh PPKL dengan kerjasama Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)  berlangsung di Laman Woodball Kompleks Sukan Syed Sirajuddin Areeb Putra Pauh, Arau, pada pagi tadi.

Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Pembangunan Belia dan Kemajuan Sukan Negeri, YB Tuan Wan Zikri Afthar Ishak.

Keputusan pertandingan woodball bagi kategori lelaki dimenangi oleh Encik Abdul Shukor Yusoff, tempat kedua dimenangi oleh Encik Azizan Zainol dan tempat ketiga dimenangi oleh Encik Norizam Zaini.

Manakala bagi kategori wanita pula, tempat pertama diungguli oleh Puan Rahimah Raimi, tempat kedua dimenangi oleh Puan Faridah Din dan tempat ketiga dimenangi oleh Puan Noryomhaslinda Senayan.

Bersempena dengan “Program Balik Kampung Anak Perlis di Perantauan Sempena Aidifitri” pada kali ini turut diadakan perlawanan golf antara PPKL dengan Kelab Golf Putra (KGP) Perlis, untuk merebut Piala Syed Sirajuddin Areeb Putra di Lapangan Golf KGP di Sungai Batu Pahat, pada 13 April 2024.

Pada sebelah petang, akan diadakan perlawanan bola sepak “Bola Raya” antara PPKL dengan Pilihan Veteran Perlis, pada pukul 4.45 petang di Stadium Kompleks Sukan Syed Sirajuddin Areeb Putra UniMAP di Pauh Putra.

Oleh itu, para peminat bola sepak diundang untuk menyaksikan perlawanan tahunan tersebut yang telah diadakan sejak 30 tahun lalu pada setiap hari raya.

DYMM Raja Muda Perlis dijangka akan diiringi oleh anakandanya, Yang Amat Mulia (YAM) Syed Sirajuddin Areeb Putra yang akan menyambut Hari Ulang tahun kelahirannya yang ke-15 pada hari ini, 12 April 2024.  Anakanda, Syed Sirajuddin Areeb Putra dijadualkan akan berangkat hadir dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.