13 April 2024, 12:50

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Putrajaya – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memperluas pengambilan calon guru tajaan KPM bagi mengikuti latihan praperkhidmatan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) kepada lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Program Matrikulasi mulai ambilan tahun 2024.

Menurut KPM, perkara ini merupakan inisiatif kementerian tersebut bagi membuka peluang kepada lebih banyak calon yang berminat menjadi guru untuk memohon kemasukan ke program PISMP.

“Hal ini juga dapat memastikan calon terbaik dapat dipilih bagi mengikuti program ini,” jelas KPM dalam satu kenyataan pada hari ini.

Tambah KPM, calon yang terpilih akan dilatih di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dalam pelbagai bidang pengkhususan untuk tempoh kursus selama empat tahun.

“Inisiatif ini membuktikan komitmen berterusan KPM bagi menangani isu kekurangan guru dan memastikan kualiti calon guru terbaik yang dapat menyumbang kepada agenda reformasi pendidikan negara,” kata KPM.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.