Oleh Aisyah A.
7 Mei 2024, 21:32

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Nilai – Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek pada hari ini merasmikan Karnival Kokurikulum (KOKUM) Peringkat Kebangsaan Tahun 2024, bertempat di Inti International University, Nilai, Negeri Sembilan yang menjadi pelengkap pendidikan holistik murid.

Karnival tersebut dianjurkan oleh Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK), KPM adalah bertujuan untuk memupuk jati diri murid dalam memahami pengurusan kepimpinan dalam kokurikulum secara beretika.

YB Fadhlina ketika merasmikan Karnival Kokurikulum (KOKUM) Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 yang bertempat di Dewan Serbaguna Tan Yew Sing, INTI International University, pada petang tadi.

Menurut YB Fadhlina Sidek, pelibatan anak-anak dalam badan berunifom ini sangat penting kerana mengajar tentang disiplin yang tinggi, sifat ihsan dan menonjolkan potensi diri.

Tambahnya lagi,

Karnival tersebut juga selari dengan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memberikan pendedahan dan pendidikan kepada murid dengan ilmu yang tidak dapat diperoleh secara terus melalui pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam bilik darjah.

Antara aktiviti kokurikulum yang dianjurkan dalam karnival tersebut termasuklah tarian moden, tarian etnik, tarian tradisi, kraftangan, wayang kulit, pentomin dan lompat tali berirama yang akan diadakan di lokasi di seluruh Malaysia pada 7 dan 8 Mei 2024 mengikut jadual slot aktiviti yang telah disediakan.

KOKUM yang dijangka akan diadakan bermula pada 6 Mei 2024 hingga 9 Mei 2024 merupakan acara tahunan yang diadakan di setiap sekolah, selaras dengan usaha KPM untuk memberikan tumpuan kepada murid untuk menjadi generasi yang berkualiti, beretika dan berintegriti.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.