7 Mei 2024, 06:00

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kangar – Program yang dilaksanakan ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan penekanan kepada semua pegawai tentang kepimpinan berasaskan nilai dan memastikan mereka menguasai tahap kompetensi yang diperlukan untuk pembangunan universiti. Berikut ucapan daripada Rektor KUIPs, YBrs. Prof Dr Muhamad Rozaimi Ramle semasa merasmikan Program Kepimpinan Competency Based Talent Management (CBTM) di bawah Kerusi Jamalullail  di Hotel Putra Regency Kangar, pada 6 hingga 7 Mei 2024.

Bahagian Pembangunan Sumber Manusia Jabatan Pendaftar Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) dengan kerjasama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah menganjurkan Program kepimpinan CBTM yang disertai oleh 50 orang peserta yang terdiri daripada Pengurusan Eksekutif (EXCO) KUIPs, dekan, pengarah, ketua jabatan, ketua bahagian dan pegawai tadbir.

Rektor KUIPs, YBrs. Prof Dr Muhamad Rozaimi Ramle turut hadir pada Program Kepimpinan CBTM.

Menurut Rektor KUIPs, YBrs. Prof Dr Muhamad Rozaimi Ramle lagi:

Kami berharap agar program ini dapat memberikan pendedahan kepada semua tentang kepimpinan dan pembaharuan pengurusan yang perlu mengikut keperluan pembaharuan dari semasa ke semasa.

Beliau juga berharap agar bakat kepimpinan peserta yang menyertai program ini dapat diketengahkan agar dapat membantu pihak pengurusan menyelesaikan masalah dalam membangunkan universiti tersebut.

Peserta bengkel menjalankan aktiviti latihan dalam kumpulan.

 

Peserta memberi tumpuan dalam ceramah yang dikendalikan.

 

Peserta berbincang untuk melaksanakan tugasan yang diberikan oleh penceramah.

 

Rektor KUIPs, YBrs. Dr. Muhamad Rozaimi menyampaikan cenderamata kepada penceramah.

 

Peserta membuat pembentangan hasil tugasan.

Program yang dilaksanakan selama dua hari ini dikendalikan oleh Pensyarah dari UIAM, iaitu YBrs. Prof Madya Dr. Mohd Azrul Azlen, YBrs. Dr Zurina Abd Ghani dan Puan Rusnani Ya’kob. Turut menyampaikan ceramah ialah wakil daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Encik Mohd Faiq Hussin.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.