Diterbitkan pada 10 Julai 2024, 15:08

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Jurufoto: Adib Zulkifli

Kuala Lumpur – Pertandingan Forum Perdana yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) merupakan antara usaha DBP dalam memartabatkan dan memperkasakan Bahasa Melayu sebagai tonggak negara.

Demikian antara intipati ucapan yang disampaikan Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera, DBP, YBrs. Tuan Haji Mohd Salahuddin Dato’ Paduka Mohamed dalam acara perasmian Pertandingan Forum Remaja Peringkat Kebangsaan Tahun 2024, pagi ini di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Wisma DBP.

YBrs. Tuan Haji Mohd Salahuddin ketika menyampaikan ucapan pembukaan dalam Pertandingan Forum Remaja Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 yang diadakan di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Wisma DBP.

Beliau turut menzahirkan harapan agar forum yang dianjurkan ini dapat mengasah bakat berkomunikasi dalam diri anak disamping merapatkan ukhwah dalam kalangan pelajar dan guru dari berlainan negeri.

Objektif forum ini adalah bertujuan memberikan ruang kepada pelajar untuk menguasai penggunaan bahasa baku yang akhirnya melahirkan model penggunaan bahasa baku yang baik dari segi tatabahasa, sebutan dan gaya.

Selain itu, dengan adanya ruang seperti ini, para pelajar boleh mengungkapkan buah fikiran dan berhujah menggunakan bahasa melayu dengan baik dan berkesan.

Malah, forum tersebut juga boleh menggalakkan pelibatan pelajar dalam kegiatan koakademik dengan bimbingan guru dalam mencari idea yang bernas dan fakta yang tepat tentang tajuk yang dibincangkan.

Forum yang disertai oleh 16 pasukan dari pelbagai sekolah turut menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM2,500 (tempat pertama); RM1,500 (tempat kedua); RM1,000 (tempat ketiga), RM 500 (saguhati); RM300 (pengerusi terbaik) dan juga RM300 (ahli forum terbaik) beserta buku dan sijil.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi