Diterbitkan pada 22 Julai 2024, 16:14

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menegaskan agar pentadbir di institusi pendidikan mematuhi garis panduan berkaitan dengan penganjuran program dan penerimaan sumbangan.

Dalam kenyataan pada petang ini, KPM berkata,

Sumbangan yang melibatkan hasil aktiviti perjudian, rokok, dadah, minuman keras dan seumpamanya di sekolah adalah dilarang.”

“Pentadbir di institusi pendidikan KPM diingatkan untuk mematuhi garis panduan sedia ada berkaitan dengan penganjuran program dan penerimaan sumbangan.

Menurut KPM, isu terbabit sedang diperhatikan dan disiasat secara lanjut.

KPM mengalu-alukan usaha sekolah untuk menganjurkan program dan mendapatkan sumbangan bagi tujuan pembangunan selaras dengan inisiatif Sekolah Milik Masyarakat.

Walau bagaimanapun, pihak pentadbir perlu memastikan setiap penganjuran program yang dilakukan mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3 Tahun 2018.

Ujarnya,

Larangan ini boleh menjejaskan perkembangan potensi murid dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

KPM sentiasa proaktif menangani gejala sosial dalam kalangan generasi muda.

Pelbagai program kesedaran dan pendidikan pencegahan dianjurkan di sekolah bertujuan untuk memberikan bimbingan kepada murid.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi