Diterbitkan pada 25 Julai 2024, 20:45

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Arau – Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Sirajuddin, yang merupakan antara bilangan murid teramai di Perlis telah mencatatkan kecemerlangan yang sangat membanggakan dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), baru-baru ini.

Menerusi sidang media khas yang diadakan di sekolah tersebut, Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Perlis, Encik Ayub Ahmad berkata,

SMK Syed Sirajuddin juga mencatatkan bilangan murid yang paling ramai mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.0 dalam negeri Perlis, iaitu sebanyak lima orang murid mengatasi sekolah lain dalam negeri tersebut.

Beliau mengucapkan tahniah kepada guru sekolah berkenaan, termasuklah Penolong Kanan Tingkatan 6, Encik Amran Omar dan pengetuanya, En. Wan Zaini Wan Saad.

Kejayaan ini adalah hasil daripada usaha gigih dan dedikasi tinggi yang ditunjukkan oleh guru-guru SMK Syed Sirajuddin selain komitmen muridnya sendiri.

“Hal ini membuktikan bahawa usaha, dedikasi dan sokongan yang tepat mampu mencapai kecemerlangan dalam pendidikan.

“Bagi SMK Syed Sirajuddin, Gred Purata Sekolah (GPS) pada tahun 2023, iaitu 2.70 meningkat sebanyak 0.04 berbanding dengan tahun 2022, iaitu sebanyak 2.66.

Beliau memaklumkan bahawa peningkatan GPS dan PNGK bagi SMK Syed Sirajuddin telah menunjukkan prestasi akademik keseluruhan yang semakin membaik dari tahun-tahun sebelumnya.

Melalui keputusan STPM yang dikeluarkan itu, SMK Syed Sirajuddin yang merupakan sebuah sekolah harian biasa telah mengukuhkan reputasi sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan yang unggul tanpa mengira latar belakang sekolah.

Dengan kejayaan yang ditunjukkan oleh SMK Syed Sirajuddin ini, diharap dapat terus memotivasikan murid lain untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, seterusnya membawa nama sekolah ke peringkat yang lebih tinggi.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi