5 Ogos 2024, 07:03

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Foto: Kementerian Dalam Negeri

Kuala Lumpur – Dewan tertutup Axiata Arena Bukit Jalil dibanjiri ribuan peserta Himpunan Pembebasan Palestin sebagai bukti solidariti rakyat Malaysia bersama-sama dengan perjuangan rakyat di Palestin.

Orang ramai mula memenuhi perkarangan dewan tersebut bermula pukul 6.30 petang semalam dengan kebanyakannya memakai pakaian berwarna putih berserta mafela dan bendera Palestin.

Acara ini dimulakan dengan Pidato Pembebasan Palestin, disusuli solat Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh wakil dari Palestin.

Program diteruskan dengan persembahan nyanyian daripada Amir Masdi dan Faizal Tahir serta persembahan puisi oleh Fedtri Yahya dan Datuk Paduka Maharaja Lela Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini.

Pada majlis yang sama, peserta himpunan turut ditayangkan video khas dari bumi Palestin dan persembahan kanak-kanak Palestin.

Pidato Pembebasan Palestin oleh Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan acara kemuncak dalam himpunan ini.

Menurut YAB Datuk Seri Anwar, Malaysia konsisten dan bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan hak rakyat Palestin dan Gaza untuk bebas merdeka daripada cengkaman dan penindasan rejim zionis Israel.

Tambah beliau,

Kerajaan Malaysia juga sedia membawa pulang sebahagian wanita dan kanak-kanak di Palestin yang cedera atau sakit untuk mendapatkan rawatan di negara ini.

Terdahulu, beberapa pucuk pimpinan negara turut bersama-sama menyampaikan Pidato Pembebasan Palestin, seperti Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Sumber Manusia, YB Steven Sim Chee Keong; Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, YB Datuk Seri Mohamad Sabu dan Yang Dipertua Dewan Rakyat, YB Tan Sri Johari Abdul.

Antara lain, Himpunan Pembebasan Palestin ini juga bertujuan menyatakan pendirian teguh Malaysia yang mengutuk pembunuhan Ketua Biro politik Hamas, Ismail Haniyeh serta kezaliman rejim Zionis yang tidak henti-henti kepada penduduk Palestin.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.