8 September 2024, 18:46

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Putrajaya – Sebanyak 71,290 calon atau 77.47 peratus calon lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan setaraf (Sijil Tinggi Agama Malaysia, Matrikulasi, Asasi dan Diploma) telah ditawarkan tempat bagi melanjutkan pengajian ke universiti awam.

Menurut Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), pada tahun ini, KPT telah menerima sejumlah 105,424 permohonan yang layak bagi lepasan STPM/ Setaraf untuk melanjutkan pengajian menerusi UPUOnline®.

Dalam satu kenyataan, KPT berkata,

Tahniah kepada calon lepasan STPM/ Setaraf yang telah mengemukakan permohonan melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA) menerusi UPUOnline®️.

Sebanyak 1,114 program pengajian Sarjana Muda telah ditawarkan bagi sesi kali ini.

Menurut kenyataan tersebut lagi, kemasukan pelajar ke institusi tersebut dibuat berasaskan prinsip meritokrasi dengan menyusun semua calon yang layak mengikut markah merit tertinggi hingga terendah.

Kementerian kini telah membuka saluran peluang kedua melalui proses rayuan di UPUOnline®️ dalam tempoh sepuluh hari, bermula dari 6 September 2024, pukul 12.00 tengah hari hingga 15 September 2024, pukul 5.00 petang.

KPT turut mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon yang berjaya dan semoga peluang menyambung pengajian di peringkat pendidikan tinggi digunakan sebaiknya.

Kredit Foto: Kementerian Pendidikan Tinggi
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.