Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangPutrajaya – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) komited meneruskan inisiatif baucar buku bernilai RM100 kepada pelajar institusi pendidikan tinggi (IPT) sebagaimana telah dilaksanakan pada Jun lalu.
KPT mengumumkan bahawa pelaksanaan fasa kedua itu dijadualkan bermula pada hari ini, iaitu 30 Oktober hingga 31 Disember 2024 yang bakal memanfaatkan lebih 1 juta pelajar IPT warganegara Malaysia.
Dalam satu kenyataan, KPT berkata,
Bagi fasa kedua, penyaluran baucar akan dilaksanakan melalui pelantar digital kepada pelajar IPT yang berdaftar di bawah KPT dan berstatus aktif hingga 31 Mac 2024.
Menurut KPT, pemilihan portal MySISWAPLACE di bawah kendalian Yayasan Perkasa Siswa (YPS) yang merupakan agensi rasmi di bawah KPT untuk memudahkan urusan pelajar menggunakannya sepanjang inisiatif dilaksanakan.
Tambah KPT,
MySISWAPLACE dapat membantu pelajar dengan menyediakan akses mudah dan cepat kepada bahan bacaan melalui pelantar dalam talian yang dilengkapi dengan sistem yang telus bagi memastikan pelajar sentiasa mempunyai bahan rujukan yang diperlukan, memaksimumkan keberkesanan pembelajaran dan mengurangkan kesulitan.
Kod baucar akan dijana setelah semakan kelayakan dibuat di portal MySISWAPLACE bermula 30 Oktober 2024.
Penebusan kod baucar yang terjana di portal hanya sah digunakan untuk pembelian buku di portal MySISWAPLACE dengan setiap pelajar layak menebus baucar berjumlah RM100.
KPT berharap inisiatif ini dapat membantu menerapkan budaya cintakan ilmu dan buku, sekali gus dapat memugar budaya membaca dalam kalangan pelajar IPT serta bakal merancakkan lagi industri buku akademik dan wacana ilmiah tempatan.