Oleh Jamiaton Kusrin
30 Oktober 2024, 16:31

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Shah Alam – Hasil kolaborasi Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam dan Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya mengadakan Program Let’s Play Canva-Merge 2024 secara dalam talian dengan sambutan yang sangat menggalakkan dan memberikan impak positif.

Program ini merupakan pengajaran kolaborasi antara Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR), UiTM Shah Alam dengan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, UPM, yang melibatkan kira-kira 90 orang peserta menyertai sesi pembelajaran Canva ini.

Dalam sesi perkongsian program tersebut, Pakar Keselamatan Multimedia, UPM, Dr. Nuur Alifah Roslan merangkap penceramah program berkata,

Pengajaran kolaborasi ini amat menyeronokkan kerana semua pelajar FSR yang terlibat cukup aktif dalam sesi pembelajaran secara dalam talian dan memberikan maklum balas yang menggalakkan sepanjang aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

Menurut Dr. Nuur Alifah, kaedah ini merupakan pengalaman baharu bagi beliau sepanjang berkhidmat sebagai pensyarah.

Puan Jamiaton Kusrin, selaku penceramah kedua pula berpendapat,

Pelajar perlu fokus pada sukan yang mereka mahir untuk menghasilkan kesan yang maksimum.

Saya lihat pelajar FSR Semester Satu ini sangat bersemangat dalam mempelajari ilmu baharu dengan menggunakan Canva yang boleh digunakan dalam lapangan sukan, khususnya dalam mengendalikan pelbagai acara sukan.

Kongsinya, sesi soal jawab berlangsung dengan santai, namun memberikan makna yang efisien terutamanya dalam berkongsi teknik menggunakan Canva secara berkesan dan menarik.

Sebahagian pelajar secara sukarela turut berpeluang memaparkan hasil kreativiti masing-masing untuk penambahbaikan sebelum sesi program berakhir.

Tidak dapat dinafikan, terdapat tugasan pelajar yang berkualiti dan boleh diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.