5 November 2024, 13:34

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Beijing – Pejabat Education Malaysia Beijing (EMB), di bawah Jabatan Pendidikan Tinggi Malaysia diumumkan sebagai penerima anugerah “Best Partner 2024” di Persidangan Ekspo Tahunan Pendidikan Antarabangsa China (CACIE) 2024 yang berlangsung dari 31 Oktober hingga 1 November lalu di China National Convention Centre.

Menurut EMB, CACIE merupakan acara tahunan Kementerian Pendidikan China menerusi afiliasinya China Education Association for International Exchange (CEAIE) dan anugerah tersebut telah disampaikan kepada Pengarah EMB, Muhammad Sallehuddin Mohd Dilif oleh Presiden CEAIE, Dr. Liu Limin.

Pengarah EMB, Muhammad Sallehuddin Mohd Dilif menerima anugerah “Best Partner 2024”.

Dalam satu kenyataan Kementerian Pengajian Tinggi semalam, EMB berkata,

Ini merupakan kali pertama EMB menerima anugerah ini, sekali gus mengiktiraf sumbangan dan penglibatan aktif EMB dalam aktiviti diplomasi pendidikan serta komitmen berterusan dalam kerjasama strategik ke arah mempromosikan pengantarabangsaan pendidikan tinggi di negara tembok besar tersebut.

Tambahnya,

Anugerah “Best Partner” ini merupakan anugerah tahunan yang dianugerahkan bagi mengiktiraf organisasi atau individu yang telah menunjukkan pelibatan yang proaktif serta konsisten dalam pelbagai program pendidikan di China.

Agensi antarabangsa yang menerima anugerah sama ialah The Japan Foundation dari Jepun, American Association of States Colleges and Universities (USA), Group of Eight Australia (Australia)dan Alliance Francaise de Pekin (Perancis).

Acara berprestij yang berlangsung selama dua hari ini disertai oleh lebih 60 buah negara di dunia.

Kredit Foto: CACIE2024
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.