Diterbitkan pada 23 November 2024, 15:00

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

 

Sesi bergambar bersama-sama pemakalah dan peserta dalam majlis ICRAC 1.0.

Tanjong Malim – Pada 23 November 2024 telah berlangsung satu Persidangan Antarabangsa Pertama Kerjasama Akademik Serantau antara Budiman Malaysia dengan DKLPT Indonesia (ICRAC 1.0) yang dianjurkan oleh Persatuan Penulis Budiman Malaysia, Dosen Kerjasama Lintas Perguruan Tinggi Indonesia dan Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Persidangan pada kali ini membawa tema “Bekerjasama dan Berkolaborasi ke Arah Mencapai Matlamat Pembangunan Mapan 2030” yang juga merupakan persidangan kali pertama diadakan.

Dalam ucaptama oleh Profesor Dr. Abdul Halim Ali, beliau mengatakan bahawa tujuan program ini diadakan sebagai penyediaan platform penting dunia akademik dalam kalangan ilmuwan, cendekiawan dan sarjana untuk membincang dan membahas isu alam rangka memajukan, mengembangkan dan memperluaskan keluasan ilmu pengetahuan, terutamanya dalam bidang pendidikan, agama, bahasa, sastera, budaya, seni, sejarah dan peradaban Islam di Nusantara.

Persidangan ini secara khususnya memberikan penekanan kepada usaha mencapai sasaran matlamat SDG (Sustainable Development Goals) 2030 terkait dengan peningkatan dan kemajuan kualiti Pendidikan.

Bidang yang dibicarakan persidangan pada kali ini ialah bidang pendidikan, bahasa, sastera, seni, agama, budaya, komunikasi, sejarah, peradaban Islam dan Melayu.

Terdapat 12 orang pemakalah  yang terlibat, iaitu Profesor Dr. Azhar Haji Wahid, Makmur Harun, Nanda Saputra, Dr. Karimudin Abdullah Lawang, Dr. Siti Nor Amalina Ahmad Tajuddin, Dr. Tuan Rusmawati Raja Hassan, Dr. Norhazlina Fairuz Musa Kutty, Dr. Desak Nyoman Sri Werastuti, Dr. Miftachul Huda, Dr. Taj Rijal Mohammad Romli, Ainun Nazirah dan Dr. Jumarana.

Pemakalah ini terdiri daripada pensyarah daripada UPSI, Universiti Malaysia Kelantan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia serta pensyarah daripada pelbagai universiti di Indonesia dan wakil daripada ahli Persatuan Penulis Budiman Malaysia.

Sesi menandatangani MoU.

Mengulas lanjut, persidangan ini juga diadakan sesi menandatangani memorandum persefahaman (MoU).

Pelaksanaan ICRAC 1.0 pada tahun 2024 ini dapat memberikan impak dan pengaruh yang besar dalam konteks pengembangan dan kemajuan ilmu pengetahuan dan peradaban Islam di Asia Tenggara, khususnya pada peringkat antarabangsa.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi