Diterbitkan pada 2 Januari 2025, 14:30

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang
Sebanyak 238 calon SPM akan menduduki peperiksaan di SMK Putrajaya Presint 8(1), hari ini.

Putrajaya – Kehadiran sebanyak 2090 pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada hari pertama ujian bertulis peperiksaan kelihatan tenang dan bersedia untuk menduduki peperiksaan Kertas 1 Bahasa Melayu di seluruh Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia, YBhg. Datuk Haji Ruji Ubi berkata, peperiksaan SPM bagi tahun 2024 akan dilaksanakan bermula 2 Januari hingga 6 Februari 2025.

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia, YBhg. Datuk Haji Ruji Ubi memberikan kata semangat dan nasihat kepada pelajar sebelum memasuki dewan peperiksaan yang bermula pada pukul 8.15 pagi.
YBhg. Datuk Haji Ruji memeluk anaknya yang juga merupakan seorang daripada calon SPM 2024.

Dalam ucapan ringkasnya ketika mengadakan lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya Presint 8(1) pada pagi tadi, beliau berkesempatan memberikan suntikan semangat kepada 238 calon SPM, termasuklah anak beliau agar menjawab peperiksaan dengan bersungguh-sungguh bagi meraih kejayaan yang bermakna.

Setiba saya sampai di sini pada pukul 7.00 pagi, alhamdulillah pelajar nampak bersemangat untuk menduduki ujian bertulis kertas 1 Bahasa Melayu yang pertama bermula pada pukul 8.15 pagi, manakala kertas 2 pada sebelah petang.

Selamat maju jaya! Saya mendoakan semua pelajar SPM beroleh kejayaan yang cemerlang.

Terima kasih juga kepada guru dan Jabatan Pendidikan Daerah, khususnya Wilayah Persekutuan Putrajaya (JPWPP) atas bantuan persediaan peperiksaan SPM yang lancar dan teratur, selain memastikan murid dapat menyediakan persiapan yang sewajarnya untuk menduduki peperiksaan pada hari ini.

Kehadiran tiba YBhg. Datuk Haji Ruji turut disambut oleh Pengarah Pendidikan JPWPP, Haji Ezaiddin Hussain, Pengetua dan penolong kanannya, iaitu Puan Adibah Ali dan Datin Mas’amah Ibrahim di tapak perhimpuan SMK Putrajaya Presint 8(1) pada hari ini.

Pengarah Pendidikan JPWPP, Haji Ezaiddin Hussain ketika mengulas maklumat tentang peperiksaan SPM di Putrajaya dalam sidang media pada pagi tadi.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan JPWPP itu memaklumkan dalam sidang media bahawa kehadiran pelajar adalah sangat baik, iaitu hampir seratus peratus calon SPM hadir, termasuklah calon yang menduduki peperiksaan di hospital.

Sebanyak 108 orang petugas peperiksaan yang akan mengurus dan mengendalikan peperiksaan SPM 2024 sehingga 6 Februari di 11 buah pusat peperiksaan yang disediakan di seluruh wilayah Putrajaya ini.

Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengingat semua calon agar sentiasa merujuk jadual peperiksaan berkaitan dengan tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan, serta arahan yang perlu dipatuhi sepanjang peperiksaan berlangsung.

Mengulas lanjut berkaitan dengan calon berkeperluan pendidikan khas (CBPK), sebanyak tujuh orang pelajar yang akan menduduki peperiksaan di bilik khas, serta diberikan peruntukan tambahan masa yang ditetapkan oleh pihak lembaga peperiksaan.

Kemudahan ini supaya pelajar CBPK dapat menjawab peperiksaan dengan tenang dalam keadaan kemampuan diri mereka sendiri, manakala anak-anak yang mengalami masalah kesihatan, mereka juga diberikan bilik isolasi yang mempunyai kemudahan selesa untuk mereka menduduki peperiksaan.

Dengan kerjasama pelbagai agensi, KPM dan Jabatan Pendidikan Daerah komited melakukan yang terbaik dengan pelbagai mekanisme dan langkah persediaan dalam menghadapi sebarang kemungkinan, termasuklah musim banjir sepanjang peperiksaan SPM berlangsung.

Semoga semua calon dapat menduduki peperiksaan dalam keadaan sihat, selamat dan sejahtera.

Tetamu kehormat memberikan salam penghormatan kepada pelajar sebelum memasuki dewan peperiksaan.
Doa iringan dibaca bagi memudahkan urusan menjawab soalan peperiksaan.
Calon diingatkan agar membawa dokumen pengenalan diri dan Penyertaan Pendaftaran Peperiksaan ke pusat peperiksaan.

Pelajar dibekalkan minuman oleh pihak sekolah.
Gelagat ibu bapa yang turut hadir memberikan sokorang moral kepada anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan SPM di SMK Putrajaya Presint 8(1).
Kredit Foto: Mohamad Adib Zulkifli
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi