Diterbitkan pada 6 Januari 2025, 18:34

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Shah Alam – Pasukan Bola Sepak Selangor FC pada hari ini telah menerima sumbangan penghargaan dari Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) berjumlah sebanyak RM500,000.

Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah yang juga selaku Pengerusi pasukan bola sepak Selangor FC, berkenan menerima sumbangan penghargaan itu yang berlangsung di Istana Mestika, Shah Alam.

Sumbangan itu disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKNS, YBhg. Dato’ Mahmud Abbas. “PKNS komited dalam menyokong pembangunan sukan negeri dan berharap kejayaan pasukan Selangor FC terus cemerlang pada masa hadapan,” jelas Dato’ Mahmud Abbas.

Majlis tersebut turut disaksikan oleh beberapa orang wakil daripada PKNS antaranya ialah Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan PKNS, YBrs. Dr. Azlina Haji Jaapar dan Pengurus Besar Kanan Perancangan Strategik, Encik Mahfizul Rusydin Abdul Rashid diiringi oleh Pengurus Kanan Komunikasi Korporat Puan Sairana Mohd Saad.

 

 

Kredit Foto: Facebook Selangor Royal Office
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi