Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangPutrajaya – Buat pertama kali, inisiatif Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bagi tahun 2024/2025 akan diperluaskan kepada pelajar Tingkatan 6 bagi sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang akan bermula persekolahan pada 13 Januari 2025.
KPM dalam satu kenyataan berkata, BAP bagi murid Tingkatan 6 Semester 2 dan Tahun 1 akan dilaksanakan mulai 16 Februari 2025 manakala agihan kepada murid Tingkatan 6 baharu akan dilaksanakan mulai 1 Julai 2025.
Sejumlah RM791,250,000 khusus untuk bayaran BAP sebanyak RM150 kepada setiap murid secara one-off (sekali bayar) yang dikreditkan akan memberikan manfaat kepada lebih 5.2 juta orang murid.
Pada tahun ini, agihan BAP kepada murid akan dilakukan oleh pihak sekolah menggunakan kaedah iaitu, serahan tunai kepada ibu bapa (sekolah rendah) atau ibu bapa/murid (sekolah menengah); atau pengkreditan ke akaun bank murid; atau  pengkreditan ke akaun bank ibu bapa (dilaksanakan mulai tahun 2025).
Inisiatif BAP menyerlahkan keprihatinan kerajaan untuk membantu meringankan beban perbelanjaan ibu bapa dan penjaga dalam usaha menyediakan kelengkapan anak-anak bagi menghadapi sesi persekolahan yang bakal menjelang.