Diterbitkan pada 13 Januari 2025, 17:33

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Bangi – Pertandingan Debat Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia 2025 telah berlangsung dengan jayanya pada 11 Januari 2025 di Panggung Seni, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar UKM dan terbahagi kepada dua kategori, iaitu kategori fakulti dan kategori kolej.

Pertandingan Debat Naib Canselor UKM 2025 merupakan anjuran Urus setia Pengucapan Umum UKM (UPU UKM) dan Persatuan Mahasiswa Fakulti Undang-undang UKM dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Majlis Perasmian Penutupan Pertandingan Debat Naib Canselor UKM 2025 telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UKM, Prof. Madya Dr. Mohd Suzeren Md. Jamil, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UKM.

 

Ucapan dan sokongan bermakna oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UKM, YBhg. Prof. Madya Dr. Mohd Suzeren Md. Hamil.

Dalam ucapannya beliau berkata,

Satu hal yang menarik bagi pertandingan pada kali ini ialah, saya dapat melihat penyertaan pendebat yang terdiri daripada pelbagai kaum. Saya harap kita dapat mengekalkan semangat perpaduan ini. Saya suka melihat suasana kepelbagaian kaum beraksi di pentas yang sama.

Dalam Pertandingan Debat Naib Canselor UKM 2025 tersebut, pasukan debat Fakulti Farmasi telah dinobatkan sebagai johan bagi kategori fakulti dengan membawa pulang piala pusingan, wang tunai berjumlah RM1500 dan buku terbitan DBP. Manakala, naib johan pula dimenangi oleh Fakulti Undang-Undang dengan memperoleh hadiah wang tunai sebanyak RM1000 dan buku terbitan DBP.

Johan bagi kategori fakulti dimenangi oleh Fakulti Farmasi.

 

Gelaran johan bagi kategori kolej pula disandang oleh pasukan debat Kolej Tun Dr. Ismail dengan membawa pulang hadiah piala pusingan, wang tunai bernilai RM1,500 dan buku terbitan DBP. Sementara naib johan dimenangi oleh Kolej Tun Syed Nasir yang menerima hadiah wang tunai berjumlah RM1000 dan buku terbitan DBP.

Johan bagi kategori kolej disandang oleh Kolej Tun Dr. Ismail.

Mohd Lokhman Haqim Abdul Salim telah dinobatkan sebagai Pendebat Terbaik Akhir bagi kategori kolej, manakala Mohamad Nazmi Kamaudin, dinobatkan sebagai Pendebat Terbaik Akhir bagi kategori fakulti dengan masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM300 dan buku terbitan DBP.

Bagi anugerah Pendebat Terbaik Keseluruhan, panel hakim sebulat suara memilih Nur Damia Husnina Jasmin daripada Kolej Tun Syed Nasir sebagai pemenang, dengan menerima hadiah wang tunai bernilai RM300 dan buku terbitan DBP.

Usul dibentangkan dengan penuh yakin oleh ahli kumpulan kerajaan.
Penolakan usul oleh ahli kumpulan pembangkang.
Kredit Foto: Khairul Azhar
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi