Diterbitkan pada 13 Januari 2025, 18:41

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Shah Alam –  Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah dinobatkan sebagai johan dalam Pertandingan Penghujahan Mahkamah Peringkat Kebangsaan Kali Ke-6 2025 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Fakulti Undang-Undang Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Dua pasukan dari UIAM telah dinobatkan sebagai johan dan naib johan dengan masing-masing menerima hadiah wang tunai sebanyak RM3000.00, piala pusingan bagi juara dan hadiah iringan buku terbitan DBP. Naib johan pula telah menerima wang tunai sebanyak RM2000.00 dan hadiah iringan buku terbitan DBP.

Majlis Perasmian Penutupan Pertandingan Penghujahan Mahkamah telah disempurnakan oleh Ketua Bahagian Pendakwaan, Pejabat Peguam Negara Malaysia, Yang Berbahagia (YBhg.) Dato’ Masri Mohd Daud.

Johan bagi kategori B (peguam muda) menjulang piala pusingan yang dimenangi.

Menurut beliau, pertandingan ini merupakan satu platform penting dalam menjadikan bahasa Melayu sebagai medium utama dalam penghujahan.

“Saya berharap pertandingan seperti ini dapat diteruskan lagi dengan penglibatan bukan sahaja di peringkat kebangsaan tetapi juga di peringkat antarabangsa.”

Pertandingan ini merupakan anjuran bersama Jawatankuasa Bahasa Melayu dan Badan Peguam Malaysia dan terbuka kepada dua kategori, iaitu kategori pelajar dan kategori peguam muda yang memperlihatkan persaingan sengit dengan penyertaan sebanyak 26 kumpulan peserta.

Dua pasukan yang mara ke peringkat akhir dimenangi oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Multimedia Malaysia (MMU) dengan masing-masing menerima hadiah wang tunai sebanyak RM1000.00 dan hadiah iringan buku terbitan DBP.

Ucapan perasmian oleh Dato’ Masri Mohd Daud.

Gelaran johan bagi kategori Peguam Muda pula disandang oleh pasukan Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu dengan membawa pulang hadiah piala iringan, wang tunai bernilai RM3000.00 dan hadiah iringan buku terbitan DBP.

Gelaran naib johan pula disandang oleh Jawatankuasa Peguam Negeri Perak dengan hadiah sebanyak RM2000.00 dan hadiah iringan buku terbitan DBP, manakala bagi pasukan mara akhir pula dimenangi oleh Jawatankuasa Peguam Negeri Perak dan Jawatankuasa Peguam Kuala Lumpur yang menerima hadiah wang tunai sebanyak RM1000.00 dan hadiah iringan buku terbitan DBP.

Saudari Nur Syahirah Balqis Shahrulnizam dari UIAM telah dipilih sebagai Penghujah Terbaik bagi Kategori Pelajar.  Saudara Muhammad Zulzarif dari Jawatankuasa Peguam Negeri Perak pula telah dipilih sebagai Penghujah Terbaik bagi Kategori Peguam Muda. Kedua-dua penghujah terbaik telah menerima hadiah wang tunai bernilai RM300.00 dan hadiah iringan buku terbitan DBP.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi