Diterbitkan pada 22 Januari 2025, 11:28

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang
Pertandingan mewarna merupakan antara acara sukan rakyat yang diadakan bersempena dengan Program Mesra MADANI MPJ.

Jasin – Bersempena sambutan ulang tahun perbandaran Jasin ke-18, Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) mengadakan Program Mesra MADANI MPJ di Dataran Diva MPJ, baru-baru ini.

Menurut Yang Dipertua MPJ, Encik Mohd. Shaiful Hizam Johan, program sehari yang diadakan itu bertujuan untuk mendekatkan masyarakat khususnya penduduk di daerah Jasin dengan pihak MPJ.

Selain itu, beliau mengatakan bahawa program ini memberikan manfaat dan menggalakkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan komuniti dan masyarakat menerusi pelbagai aktiviti yang diadakan.

Program yang diadakan ini dapat mendekatkan warga MPJ dengan masyarakat, yakni pengisian program yang diadakan membabitkan semua golongan sama ada wanita, lelaki, kanak-kanak, remaja dan juga seisi keluarga.

Acara Fun Ride Program Mesra MADANI MPJ disertai pelbagai peringkat kategori usia.

“Pelibatan masyarakat dalam menyertai aktiviti riadah bersama-sama keluarga sangat penting dalam usaha mengeratkan hubungan kekeluargaan menerusi aktiviti bermanfaat yang boleh dilakukan bersama,” kata beliau.

Encik Mohd. Shaiful Hizam berkata, MPJ turut mengadakan hari bersama-sama pelanggan MPJ dengan menawarkan diskaun pengurangan 80 peratus kompaun, Fun Ride 30 kilometer, senamrobik, program “Asal Barang Jadi Duit” dan jualan rahmah MADANI.

“Selain itu, turut diadakan pameran agensi dan saringan kesihatan, pertandingan mewarna kanak-kanak, ‘soopa doopa’, jualan vendor makanan dan trak makanan serta sukan rakyat.

Tambah beliau,

Program ini sangat baik bagi memastikan kelestarian kehidupan masyarakat dan komuniti terpelihara dan akan diteruskan pada masa akan datang.

MPJ akan meneruskan program ini pada masa akan datang bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara semua komuniti khususnya di kawasan Jasin.

Acara sukan rakyat dalam Program Mesra MADANI MPJ di Dataran Diva MPJ, baru-baru ini.
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi