Diterbitkan pada 27 Januari 2025, 15:11

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang
Program All Rounded Glamping 2.0 diadakan bersempena dengan cuti sekolah untuk memberikan pendedahan kepada kanak-kanak tentang cara kelangsungan hidup, seperti memasak menggunakan unggun api.

Tanjung Malim – Sebagai nadi rujukan pembelajaran kanak-kanak negara, Universiti Pendidikan Sultan Idris melalui Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC UPSI) memanfaatkan cuti sekolah dengan menganjurkan program bertemakan “All Rounded Glamping 2.0” yang berlangsung pada 20 hingga 24 Januari 2025.

Program ini membuka ruang kepada kanak-kanak seawal usia lima tahun hingga 12 tahun untuk belajar dan memahami tentang kemahiran kelangsungan hidup.

Timbalan Pengarah Akademi, Perkembangan Kanak-kanak dan IT NCDRC, Dr. Masayu Dzainudin menyatakan bahawa cuti sekolah adalah ruang untuk kanak-kanak belajar perkara baharu yang bermanfaat untuk diri mereka.

Program ini merupakan usaha kerjasama antara pihak kami dan Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan UPSI serta FSP-FSSK Response Team.

Sepanjang empat hari program ini berlangsung, kanak-kanak diberikan pendedahan dengan aktiviti latihan kelangsungan hidup dan pastinya pembelajaran ini dijalankan di luar bilik darjah yang memberikan eksistensi luar biasa dalam diri mereka.

Aktiviti latihan kelangsungan hidup, Survival Training (SOS): I lost in the jungle.
Aktiviti water confident dilakukan di Arena UPSI.

Jelas Dr. Masayu,

Tidak hanya itu, mereka juga dibantu oleh kumpulan fasilitator yang terdiri dari mahasiswa UPSI, guru dan staf sokongan murid Taska Tadika Bitara, NCDRC.

Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar UPSI, Dr. Noorzaliza Osman menjelaskan bahawa pelibatan mahasiswa dalam program bersama kanak-kanak NCDRC menjadi ruang persiapan mereka untuk belajar menjadi guru.

Dr. Noorzaliza Osman berkata,

Saya yakin program ini bukan sahaja memberikan pembelajaran kepada kanak-kanak, malah turut membuka peluang kepada mahasiswa untuk menambah pengalaman dan kemahiran menjadi seorang pendidik.

Tambah Dr. Omar Firdaus Mohd. Said,

Program latihan ini ialah berkonsepkan belajar sambil bermain. Hal ini bertujuan untuk memastikan kanak-kanak dapat mengenali kelangsungan hidup serta mengeksploitasi keindahan alam.

Program ini berpandukan kepada lima modul yang dibangunkan berasaskan kepada tema utama perkhemahan, iaitu air, fizikal, masakan, alam sekitar dan kebersamaan.

Antara latihan yang diperkenalkan, termasuklah Kemahiran Asas Penyulinan Air, Personal Floatation Device (PFD), Kemahiran Asas Masakan di Hutan, SOS Code for Save dan lain-lain.

Modul fizikal – laluan berhalangan.
Modul masakan – water purifying.

Mengulas lanjut, sebanyak 52 orang kanak-kanak yang terlibat dapat menikmati aktiviti perkhemahan dengan suasana unggun api yang menghangatkan dingin malam.

Turut hadir bersama-sama dalam program glamping night ini ialah Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UPSI, Prof. Suriani Abu Bakar dan Pengarah NCDRC, Prof. Madya Dr. Mazlina Che Mustafa.

Aktiviti Camp on fire dihadiri oleh tetamu kehormat, iaitu Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Suriani Abu Bakar dan Pengarah NCDRC, Prof. Madya Dr. Mazlina Che Mustafa.

Menurut penganjur, program ini mampu memberikan pengalaman sebenar di luar bilik darjah, meningkatkan pengetahuan kanak-kanak dalam tempoh mereka membesar dan beradaptasi dengan alam semula jadi untuk menjadi seorang individu yang sentiasa bersedia dengan apa-apa jua halangan yang ditempuh pada masa akan datang.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi