Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangAlor Setar – Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM20 juta bagi melaksanakan pelbagai inisiatif Rukun Tetangga (RT) dengan fokus utama kepada bidang ekonomi dan sara hidup, keselamatan dan ketahanan komuniti, serta pembangunan projek berimpak tinggi, seperti kebun komuniti diikuti pemasaran produk tempatan.
Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi National (JPNIN), Datuk Che Roslan Che Daud berkata,
Pada tahun ini, sasaran itu terus dilakukan dengan menambah 300 inisiatif Rukun Tetangga, termasuklah sebanyak 19 buah RT di Kedah, sebagai tunjang dalam membina komuniti progresif.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyampai amanat awal tahun baharu kepada 180 orang pemimpin Kawasan Rukun Tetangga (KRT) daerah Kota Setar/Padang Terap/Pokok Sena bersempena dengan Majlis Apresiasi 2025 yang berlangsung di Hotel Jerai, Alor Setar, Kedah, baru-baru ini.
Tambah beliau,
Walaupun kita telah mencapai banyak kejayaan, namun masih banyak cabaran yang perlu diatasi untuk memastikan KRT terus relevan dalam menghadapi dunia yang semakin mencabar.
Sehubungan dengan itu, program latihan akan terus diperhebat untuk memperkasakan kemahiran ahli KRT, terutamanya dalam aspek kepimpinan dan komunikasi.
Sementara itu, Pegawai JPNIN daerah tersebut, Mohd. Fakhzan Nasir pula menegaskan agar amanat tersebut dijadikan sebagai panduan dalam usaha memperbaik kehidupan masyarakat di kawasan masing-masing.
Menurut beliau, tujuan aktiviti begini diadakan untuk menghargai sumbangan komuniti, meningkatkan semangat kekitaan, mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk nilai kerjasama perpaduan, meraikan kejayaan program KRT bagi membina motivasi dan inspirasi.
“Banyak pihak memberi kerjasama bagi menjayakan majlis tersebut”, jelas beliau.

Dalam perkembangan yang sama, Datuk Che Roslan turut menyampaikan sijil penghargaan KRT, penyampaian sijil penghargaan kepada rakan kolaborasi, pelancaran buletin J-Perpaduan Kota Setar dan cabutan nombor bertuah.
Selain itu, Pengarah Urusan Rahmat Jutamas Sdn. Bhd., Chin Kim Yuk turut menyerah sumbangan sebanyak 100 bakul rahmah mengandungi makanan yang bernilai RM10,000 secara simbolik yang turut disaksikan oleh Pengarah JPNIN Kedah, Ahmad Puat Junus.