Diterbitkan pada 17 Mac 2025, 14:19

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Sungai Petani – Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Kedah menerusi Akademi Pengajian Bahasa (APB) telah menganjurkan Program Singgah Sahur di Masjid Andalusia Merbok bagi menyantuni anak yatim di bawah jagaan Pertubuhan Az Zahra Bandar Laguna Merbok.

Menurut Ketua Pusat Pengajian APB UiTM, YBrs. Encik Azlan Abdul Rahman, pelbagai pihak telah memberikan kerjasama yang amat menggalakkan terhadap penganjuran program berkenaan baru-baru ini.

Pihak UiTM turut memberikan sumbangan termasuk barang dapur dan wang tunai sebanyak RM150 kepada 26 orang anak yatim pada bulan Ramadan kali ini.

Sementara itu, Pensyarah Kanan APB UiTM Cawangan Kedah, YBrs. Dr. Hajah Sharina Saad berkata, aktiviti yang diadakan sepanjang program tersebut berlangsung berjaya mengeratkan hubungan mesra antara kakitangan UiTM dengan pihak pengurusan Rumah Anak Yatim Az Zahra.

Malah, Pertubuhan Az Zahra Bandar Laguna Merbok, YBrs. Puan Zaharah Mohamed Khir memaklumkan bahawa kunjungan kakitangan APB UiTM ke Rumah Pertubuhan Az Zahra seawal pukul 4.00 pagi dalam Program Singgah Sahur bagi penyerahan sumbangan dan pengisian aktiviti lain amat bermakna.

Pada masa yang sama, pihak pengurusan Pertubuhan Anak-anak Yatim Az Zahra turut menerima sumbangan daripada Alumni Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin, Bukit Mertajam sebanyak RM8,000 bersempena dengan penganjuran program tersebut.

Penyerahan sumbangan wang tunai kepada wakil Rumah Pertubuhan Az Zahra.

Acara penyerahan sumbangan wang tunai itu telah disempurnakan oleh Imam Masjid Andalusia, YBrs. Encik Burhanuddin Wahab kepada wakil Pertubuhan Az Zahra Bandar Laguna Merbok, YBrs. Encik Mohamad Shahfizan Mohamed Jiwa.

Anak-anak yatim yang turut hadir dalam Program Singgah Sahur.
Kredit Foto: Abd Razak Osman
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi