Diterbitkan pada 14 Ogos 2025, 18:46

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Hulu Kelang – Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) menaruh keyakinan bahawa program Creative Xperience Festival (CXF) 2025, yang dijadualkan berlangsung pada 11 hingga 13 September di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS), Arau, Perlis dapat memperkukuh hubungan strategik antara industri kreatif dan institusi pendidikan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, YBhg. Dato’ Azmir Saifuddin Mutalib berkata, beliau amat mempercayai bahawa pelaksanaan program ini dapat melahirkan warga industri yang kompeten, berkemahiran tinggi dan bersedia menghadapi cabaran semasa.

Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Dato’ Azmir Saifuddin Mutalib ketika menyampaikan ucapannya dalam majlis pelancaran Creative Xperience Festival (CXF) 2025.

Sementara itu, Presiden PROFIMA, YBrs. Encik Khalil Salleh menyatakan bahawa penganjuran CXF 2025 merupakan pencapaian penting dalam usaha memperkukuh jaringan industri kreatif dan memperkasakan kemahiran TVET dalam kalangan pelajar.

“CXF 2025 bukan sekadar festival, tetapi platform membina masa hadapan industri kreatif negara. Sokongan padu FINAS dan JPPKK membuktikan komitmen bersama untuk menyediakan ruang pembelajaran, kolaborasi dan pendedahan industri kepada bakat muda,” katanya.

Presiden PROFIMA, YBrs. Encik Khalil Salleh ketika menyampaikan ucapan aluan dalam majlis pelancaran Creative Xperience Festival (CXF) 2025.

Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan khas oleh Roslan Madun, Zaidi Omar dan Guntur Renggawan.

Festival ini merupakan anjuran Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (PROFIMA) serta Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) bakal menghimpunkan para pelajar dari bidang perfileman, televisyen dan industri kreatif daripada enam politeknik di seluruh negara.

Yang turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengarah PTTS, YBrs. Ts. Encik Khairul Anuar Ishak dan Timbalan Pengarah Bahagian Kurikulum, JPPKK, YBrs. Dr.Rohaniah Mohd Nor.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi