Diterbitkan pada 14 Oktober 2025, 17:13

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek menerusi kenyataan media yang dikeluarkan pada hari ini memaklumkan bahawa sebuah jawatankuasa khas akan ditubuhkan bagi menyiasat isu pelajar yang ditikam di Selangor dilaksanakan dengan telus dan adil.

Kes ini sedang berada dalam siasatan pihak berkuasa. Suspek telah ditahan polis dan KPM akan bekerjasama penuh dalam proses siasatan yang sedang berjalan,” ulas beliau.

Menerusi kenyataan media tersebut, YB Fadhlina Sidek turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga pelajar yang ditikam di sebuah sekolah, di Selangor pada hari ini.

Pasukan kaunselor dan Guru Bimbingan dan Kaunseling telah digerakkan untuk melaksanakan intervensi sokongan psikososial kepada murid, guru dan seluruh warga sekolah tersebut.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi