Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangKuala Lumpur – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah mengambil tindakan tegas terhadap isu rogol dan penyebaran video kelakuan tidak senonoh di Kedah seperti yang dimaklumkan pada hari ini.
“Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak berkompromi terhadap salah laku seksual di institusi pendidikan dan sedang berusaha untuk menambah baik setiap aspek bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan seluruh warga pendidikan,” tegas KPM
Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan oleh KPM pada hari ini turut menyatakan bahawa tumpuan utama pada ketika ini adalah untuk memastikan kesejahteraan mangsa diberi perhatian.
Tambah KPM,
Kes ini kini sedang berada dalam siasatan pihak polis dan semua suspek telah ditahan reman. JPN Kedah memberikan kerjasama penuh terhadap siasatan yang sedang berjalan.
“JPN Kedah juga telah memulakan proses siasatan dalaman dan tindakan tegas buang sekolah akan diambil tindakan terhadap pesalah,” ulas KPM.