Diterbitkan pada 30 Januari 2026, 15:39

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Putrajaya – Kementerian Pendidikan (KPM) pada hari ini mengumumkan inisiatif pengambilan sebanyak 20,000 guru baharu bagi jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 secara Kontrak Perkhidmtaan atau Contract of Service (CoS).

Langkah signifikan ini diambil bagi memenuhi keperluan tenaga pengajar di sekolah-sekolah seluruh negara.

Menurut Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, pengambilan ini merupakan sebahagian daripada persiapan awal kementerian bagi pelaksanaan Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035.

Selain itu, pengambilan ini juga bertujuan untuk menampung keperluan kemasukan murid berumur enam tahun ke tahun 1 secara sukarela yang akan bermula pada tahun hadapan.

Proses pengambilan ini dilaksanakan dengan kerjasama Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP). Yang berikut merupakan garis masa gerak kerja yang telah ditetapkan bagi pengambilan tersebut:

  • Hebahan pengambilan: 23 Februari 2026.
  • Permohonan dibuka: 2 hingga 20 Mac 2026.
  • Saringan temuduga: 27 April hingga 14 Mei 2026.

KPM menegaskan bahawa calon yang terpilih perlu menjalani latihan ikhtisas di Institut Pendidikan Guru (IPG) KPM dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi memastikan aspek kompetensi guru terpelihara.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI dalam meningkatkan mutu pendidikan negara demi manfaat generasi akan datang.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi