Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangKuala Lumpur – Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur telah menganjurkan Program Program Pengagihan Bubur Lambuk dan Iftar Bersama Komuniti bersempena dengan bulan Ramadan 1447 Hijrah dengan kerjasama Saji Malaysia dan KL Hop-On Hop-Off.
Program yang bermula pada pukul 9.00 pagi hingga 9.00 malam di Pacific Ballroom hotel bertujuan menyemarakkan semangat kebersamaan serta berkongsi rezeki bersama-sama masyarakat ibu kota.
Selain pengagihan di premis hotel, HSPKL turut mengadakan jelajah edaran ke lima lokasi tumpuan sekitar Kuala Lumpur, iaitu KLCC, KL Sentral, Plaza Sungei Wang, Dataran Merdeka dan SOGO sebelum waktu asar. Inisiatif ini menjadi simbolik kepada nilai perpaduan, kasih sayang dan kesepakatan dalam menyambut bulan Ramadan.
Pada majlis tersebut, Saji Malaysia menyediakan sebanyak 500 bungkus bubur lambuk kepada tetamu yang hadir. Kerjasama itu mencerminkan komitmen bersama dalam menyumbang kembali kepada komuniti setempat.

Menerusi kolaborasi bersama-sama KL Hop-On Hop-Off, pengagihan turut dilaksanakan menggunakan perkhidmatan bas persiaran di sekitar bandar raya, sekali gus memperluas capaian program ke pelbagai lapisan masyarakat.
Program berkenaan diketuai oleh Pengarah Operasi HSPKL YBrs. Is. Leftenan Kolonel (PA) Razmi Rahmat. Turut hadir ialah Ketua Bahagian Produk Pengguna merangkap Pegawai Bertanggungjawab DOPSB, FGV Holdings Berhad, Puan Aznur Kama Azmir.