Diterbitkan pada 28 April 2026, 19:54

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Putrajaya — Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada hari ini memaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) bagi Semester 4 Sesi 2/2025 (Kohort 2024) akan mula diumumkan pada Khamis, 30 April 2026.

Berdasarkan rekod kementerian, sebanyak 16,240 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan tersebut yang dijalankan di 86 buah Kolej Vokasional di seluruh negara.

Para calon mempunyai dua kaedah utama untuk mendapatkan keputusan peperiksaan mereka, pertama calon boleh mendapatkan keputusan terus daripada kolej masing-masing bermula pada pukul 10.00 pagi, 30 April 2026 atau secara dalam talian melalui pautan rasmi myresultsvm.moe.gov.my yang akan dibuka bermula pukul 10.00 pagi pada 30 April 2026 (Khamis) hingga pukul 6.00 petang pada 6 Mei 2026 (Rabu).

KPM turut mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada kesemua calon yang terlibat dalam peperiksaan SVM pada kali ini.

Pihak kementerian berharap agar pencapaian para pelajar ini bakal menjadi pemangkin kepada kecemerlangan berterusan dalam bidang kemahiran, serta turut sama menyumbang kepada landskap pembangunan negara menerusi laluan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang lebih progresif serta berdaya saing.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi