Diterbitkan pada 5 Mei 2026, 12:28

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Johor Bharu – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor sedang menguruskan bantuan terbaik serta memastikan aspek kebajikan dan kesejahteraan keluarga Allahyarhamah Nur Aini Umairah Mohd. Fareez diberikan perhatian sepenuhnya.

Langkah segera itu diambil susulan kejadian malang yang menimpa murid berkenaan yang terlibat dalam satu kemalangan maut di hadapan sekolahnya pada hari ini.

Pihak JPN Johor dalam satu kenyataan media turut merakamkan ucapan takziah yang mendalam kepada seluruh ahli keluarga mangsa atas pemergian mengejut itu.

“Semoga roh Allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan seluruh keluarga diberikan kekuatan serta ketabahan dalam menghadapi ujian berat ini,” menurut kenyataan tersebut yang dikeluarkan di sini, pada hari ini.

Dalam pada itu, JPN Johor memaklumkan bahawa kejadian tragis tersebut kini sedang berada di bawah siasatan pihak berkuasa bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi