Diterbitkan pada 29 Mei 2026, 23:50

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj bersama-sama DYMM Tengku Permaisuri Hajah Norashikin mencemar duli melawat reruai Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, pada petang tadi.

Ketibaan baginda berdua diiringi oleh Tengku Laksamana Selangor, Yang Amat Mulia (YAM) Tengku Sulaiman Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salah’uddin Abdul Aziz Shah Al-Haj.

Dalam kunjungan tersebut, baginda berdua turut diiringi Pengarah Urusan Kumpulan Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, YBhg. Dato’ Sri Dr. Haji Irmohizam Ibrahim; Ketua Pengarah DBP, YBrs. Dr. Hazami Jahari, Ketua Editor Bahagian Majalah, YBrs. Dr. Rosmani Omar dan Ketua-ketua Bahagian.

Dalam kunjungan tersebut, baginda berkenan meninjau reruai pameran DBP dan jualan produk terbitan DBP bersempena dengan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKAL) ke-43.

Sultan Selangor, DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj bersama-sama DYMM Tengku Permaisuri Hajah Norashikin semasa meninjau reruai pameran DBP dan jualan produk terbitan DBP.

Baginda turut berkenan mendapatkan beberapa naskhah buku terbitan DBP seperti Siri Sejarah Nusantara: Sejarah Selangor, Biografi Politik: Tunku Abdul Rahman Putra, 13 Mei 1969 Kuala Lumpur, 4Qul Dalam Budaya Melayu, Akhlak dalam Islam, Sulalatus Salatin, Sejarah dan Politik Kerajaaan Bugis: Kedinamikan Konfederasi Ajatappareng di Sulalwesi Selatan 1812-1906 dan Ilmu Ketatanegaraan Melayu: Raja Ali Haji Huraian terhadap Thamarat Al-Muhimmah dan Muqadimmah Fi Intizam Waza’if Al-Malik.

Rakaman foto kenang-kenangan tetamu kehormat dan petugas PBAKL 2026 bersama-sama DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj dan DYMM Tengku Permaisuri Hajah Norashikin.
Kredit Foto: Hanafi bin Mohd Yusof
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi