Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangPutrajaya – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menetapkan beberapa garis panduan berkaitan dengan persediaan institusi pendidikan menghadapi fenomena cuaca panas atau berjerebu.
Jelas KPM, garis panduan ini dilakukan ekoran daripada cuaca panas yang melampau sehingga menyebabkan beberapa lokasi menunjukkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada paras tidak sihat.
Dalam kenyataan media pada pagi ini, KPM menasihati semua institusi pendidikan bawah KPM agar sentiasa mengikuti garis panduan yang telah ditetapkan.
Institusi pendidikan perlu peka dengan perkembangan semasa melalui media mengenai fenomena berjerebu di kawasan atau daerah masing-masing.”
“Selain itu, semua pihak juga perlu mematuhi saranan Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim dari semasa ke semasa bagi menjamin kesihatan murid dan warga institusi pendidikan.
Antara garis panduan menurut KPM adalah seperti berikut:
KPM memberikan peringatan kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan semua institusi pendidikan bawah KPM agar melaksanakan langkah pencegahan seperti yang dinyatakan.
Dalam hal ini, KPM komited mengambil berat mengenai kesihatan, keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan seluruh warga sekolah dalam menghadapi keadaan cuaca panas ataupun sebarang keadaan cuaca yang di luar jangkaan.