Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangNegeri Sembilan – Nasib 86 calon Pilihanraya Umum Negeri Sembilan ditentukan hari ini.
Semua calon yang melibatkan lima parti, iaitu Perikatan Nasional, Barisan Nasional, Harapan, MUDA dan bebas ini merebut 36 kerusi DUN yang dipertandingkan.
Dengan pembukaan pusat mengundi secara rasmi di Negeri Sembilan seawal pukul 7.30 pagi tadi, bermulalah pertempuran sebenar antara semua calon yang terlibat.
Dalam pengundian kali ini, sebanyak 334 sekolah di Negeri Sembilan dipilih sebagai pusat mengundi.
Beberapa pegawai pendidikan pula dilantik sebagai Ketua Tempat Mengundi dan Pegawai Pengurus dalam PRU Negeri Sembilan ini.
Di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Haji Mohd. Redza, pengundi telah mula beratur sejak pukul 7.00 pagi.
Setelah pengundi dibenarkan masuk dan menyemak nombor giliran masing-masing, pengundi mula beratur di hadapan saluran mengundi masing-masing.
Bagi pengundi saluran 1, iaitu untuk pengundi warga emas, pihak SPR menyediakan kerusi untuk kemudahan mereka.
Pusat pengundian ini akan ditutup pada pukul 6.00 petang.
Kemudian, petugas SPR akan mula mengira kertas undi dan proses tersebut dijangka selesai lebih kurang pukul 7.30 – 8.00 malam sebelum dibawa maklumat tersebut ke Pusat Penjumlahan Rasmi Undi.
Di 36 Pusat Penjumlahan Rasmi Undi pula akan diumumkan calon yang memenangi DUN masing-masing.
Calon yang memenangi kerusi N.13 Sikamat dijangka akan diumumkan secara rasmi di Dewan Komuniti Taman Coral Heights Sikamat yang menjadi Pusat Penjumlahan Rasmi Undi pada pukul 9.00 malam ini.
Mampukah 86 calon di Negeri Sembilan ini meraih simpati 864 426 pengundi berdaftar yang sepatutnya menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi di Negeri Sembilan hari ini?
Kita nantikan keputusan penuh malam nanti.