Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangPutrajaya – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah mengadakan kunjungan hormat kepada YB Senator Dr. Zulkifli Hasan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada pagi tadi.
Pertemuan yang diadakan di Kompleks Islam Putrajaya itu diketuai oleh Tuan Haji Mohd. Salahuddin Dato’ Paduka Mohamed, Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera yang mewakili Ketua Pengarah DBP.
Kunjungan ini diadakan untuk mengeratkan hubungan dan bertukar buah fikiran antara DBP dengan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Selain itu, pertemuan tersebut turut memfokuskan melaksanakan program bahasa dan sastera yang akan diadakan secara bersama-sama dengan agensi dibawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Puan Roziah Md Yunus,Ketua Bahagian Promosi dan Pengiktirafan dan Puan Huznah Sa’it, Ketua Bahagian Pengembangan Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja turut bersama-sama dalam kunjungan ini.