Oleh Ana Mohd Bess
29 Mac 2024, 15:00

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Putrajaya – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah mengadakan kunjungan hormat kepada YB Senator Dr. Zulkifli Hasan, Timbalan Menteri di  Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada pagi tadi.

Pertemuan yang diadakan di Kompleks Islam Putrajaya itu diketuai oleh Tuan Haji Mohd. Salahuddin Dato’ Paduka Mohamed, Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera yang mewakili Ketua Pengarah DBP.

Tuan Haji Mohd. Salahuddin Dato’ Paduka Mohamed, Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera DBP menyerahkan buku terbitan DBP kepada YB Senator Dr. Zulkifli Hasan.

Kunjungan ini diadakan untuk mengeratkan hubungan dan bertukar buah fikiran antara DBP dengan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Selain itu, pertemuan tersebut turut memfokuskan melaksanakan program bahasa dan sastera yang akan diadakan secara bersama-sama dengan agensi dibawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Wakil DBP mengadakan lawatan ke Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Kompleks Islam Putrajaya

Puan Roziah Md Yunus,Ketua Bahagian Promosi dan Pengiktirafan dan Puan Huznah Sa’it, Ketua Bahagian Pengembangan Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja turut bersama-sama dalam kunjungan ini.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.