8 April 2021, 18:11

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

KUALA LUMPUR – Pada 7 April 2021, penerbit buku ulung negara, Dewan Bahasa dan Pustaka memenangi lima kategori Anugerah Buku Negara Tahun 2020/2021 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) baru-baru ini.

Ikan Pelaga: Khazanah Unik Nusantara”, tulisan Mohamad Zaini Suleiman, memenangi kategori Buku Umum Popular (Flora dan Fauna). Editor buku ini ialah Nurfarhana Hamzah. Bagi kategori Buku Sains Politik Terbaik pula, “Idea-Idea Besar Ekonomi dan Politik Dunia”, tulisan Zulkifli Salleh, dipilih sebagai pemenang. Editornya ialah Zalimah Yahaya. Kategori Buku Biografi Terbaik menyaksikan “Sheikh Abdullah Basmeih”, karya Wan Ramizah Hasan terpilih sebagai pemenang. Editor buku ini ialah Mohd Riduwan Wahab. Karya Profesor Madya Dr. Noraini Talip, “Bombacaceae: Ciri Anatomi dan Mikrofungi Daun”, mengungguli kategori Buku Sains dan Teknologi Terbaik. Editornya ialah Mohd Amizi Ikman Amran. Untuk kategori Buku Sejarah Terbaik, karya Profesor Dato’ Dr. Ahmad Murad Merican, “Batu Uban Sejarah Awal Pulau Pinang”, dipilih sebagai pemenang. Editor buku ini ialah Rohaida Baharudin.

Dato’ Sri Mustapa Mohamed antara yang hadir dalam majlis Anugerah Buku Negara 2020/2021.
Dato’ Sri Mustapa Mohamed hadir sebagai penyampai Anugerah Buku Negara 2020/2021.

Penyampaian hadiah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) bersempena dengan Persidangan Industri Kreatif Kebangsaan 2021. Turut hadir ialah Tan Sri Profesor Datuk Wira Abdul Latif Abu Bakar, Pengerusi Panel Jawatankuasa Pemilih Anugerah Buku Negara dan Hasan Hamzah, Pengerusi Yayasan Pembangunan Buku Negara.

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.