Oleh Syaza Wardina
21 April 2021, 13:00

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) memperoleh dua kemenangan dalam Majlis Anugerah Buku Malaysia 2020 yang disiarkan pada hari ini menerusi saluran YouTube MABOPA TV, bermula pada jam 12.00 tengah hari.

Kebijaksanaan Pemerintahan Sultan Melaka 1446 − 1488 memenangi kategori Anugerah Buku Pemimpin Negara Semasa.

Buku yang berkonsepkan sejarah dan kepimpinan khususnya di Melaka, Kebijaksanaan Pemerintahan Sultan Melaka 1446 − 1488, karya Tun Datuk Seri Utama Dr. Mohd Khalil Yaakob memenangi kategori Anugerah Buku Pemimpin Negara Semasa. Selain itu, Ke Mana MIAU Pergi?, cerita oleh Yusof Gajah dan ilustrasi oleh Sidi Hamdan Amirudin memenangi kategori Anugerah Buku Kanak-kanak.

Majlis Anugerah Buku Malaysia 2020 yang dirasmikan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah, merupakan anugerah anjuran Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA) yang buat pertama kali diadakan bersempena dengan Kuala Lumpur Ibu Kota Buku Dunia (KLWBC) 2020. Sebanyak 14 kategori dipertandingkan dalam anugerah ini yang bertujuan untuk memberikan pengiktirafan kepada pemain industri penerbitan Malaysia, baik penerbitan bercetak mahupun digital.

Ikuti siaran Majlis Anugerah Buku Malaysia 2020 melalui pautan: https://www.youtube.com/watch?v=kvcV3fzkQSY&ab_channel=MabopaTV

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.