Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangMenteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin, menerusi sidang media khasnya mengumumkan pengeoperasian sekolah terkini yang meliputi Takwim Persekolahan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) 2021.
Menurut Dr. Radzi sebaik-baik sahaja cuti pertengahan tahun tamat pada 13 Jun 2021 (bagi negeri kumpulan A, iaitu Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu) dan 14 Jun 2021 [bagi negeri kumplan B, iaitu Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur, WP Labuan dan WP Putrajaya], pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan diteruskan untuk tempoh 25 hari, iaitu hingga 16 Julai bagi negeri kumpulan A dan 17 Julai bagi negeri kumpulan B.
Seminggu sebelum tamat cuti pertengahan penggal berakhir, Dr. Radzi menyatakan bahawa pihaknya akan memaklumkan kaedah pengeoperasian sekolah yang seterusnya. Tambah Dr. Radzi lagi, pembukaan sesi persekolahan secara bersemuka hanya akan dilakukan dengan mengambil kira keputusan yang dibuat oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Layari Facebook Dewan Bahasa dan Pustaka untuk menonton video penuh:
https://www.facebook.com/DBPMalaysia/videos/1324178744643001