Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangSelayang, Selangor – PNGK (Purata Nilai Gred Keseluruhan) Nasional Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2020 meningkat daripada 2.77 pada tahun 2019 kepada 2.78 pada tahun 2020. Hal yang demikian diumumkan oleh Ahli Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Profesor Datuk Ts. Dr. Wahid Razzaly.
Menurut Wahid, secara keseluruhannya, pencapaian calon STPM 2020 dianggap masih sama dengan pencapaian calon STPM 2019 disebabkan perbezaan peningkatan yang sangat kecil, iaitu sebanyak 0.01 mata. Tambah beliau, “perbezaan peningkatan ini tidak menggambarkan siginifikan yang besar kepada pencapaian calon STPM 2020 secara keseluruhannya berbanding dengan calon STPM 2019.”
“Sebanyak 741 orang calon atau 1.72 peratus calon telah mendapat PNGK 4.00. Daripada jumlah ini, sebanyak 554 orang calon (74.76 peratus) ialah golongan B40,” kata Wahid menerusi majlis Pengumuman Keputusan STPM 2020 yang berlangsung secara maya dari MPM, pada pukul 12.00 tengah hari tadi.

Beliau turut berkata, “dari segi perbandingan pencapaian PNGK calon bandar dengan luar bandar, didapati PNGK calon bandar masih mengatasi PNGK calon luar bandar dengan masing-masing PNGK 2.80 dan 2.78. Walau bagaimanapun, perbezaan jurang pencapaian antara calon bandar dengan luar bandar sama seperti pada peperiksaan STPM 2019, iaitu sebanyak 0.02 mata.”
STPM 2020 juga mencatatkan 741 orang calon mendapat PNGK 4.00. Daripada jumlah ini, sebanyak 23 orang calon mendapat keputusan 5A dalam kelima-lima mata pelajaran yang diambil, manakala sebanyak 718 orang calon memperoleh 4A. Secara keseluruhannya, bilangan calon yang mendapat PNGK 4.00 berkurang sebanyak 7.61 peratus berbanding pada tahun lepas, iaitu daripada 802 orang calon pada tahun 2019 kepada 741 orang calon pada tahun 2020.
Semakan keputusan STPM 2020 boleh dilakukan dengan cara berikut: